Memang Sedap

My Gulalang

Restoran Siakaplang Telah Dibuka Pada 12 Disember 2020 , Konsep Restoran Siakaplang adalah Kampung Nelayan Yang Mana Gambar-Gambar Dinding Restoran adalah gambar sebenar suasana di Sebuah Perkampungan Nelayan di Kuala Gula , Taiping , Perak. Bagi Mereka Yang Merindui Kampung Halaman , Bolehlah datang berkunjung ke Restoran Siakaplang yang menampilkan suasana kampung nelayan di dalam bandar.

Tentang Kami

Kepakaran Kami adalah menghasilkan "Rojak Buah" yang segar , sedap dan bermutu tinggi.

Produk Rojak Buah Gulalang telah dilancarkan pada 11 November 2020 dan kini telah berada di Pasaran Sekitar Lembah Klang , Rojak Buah Gulalang diproses atau disediakan di Kilang kami yang terletak di Taman Putra Prima , Puchong. Proses Penyediaan yang praktik dan kondusif bagi menghasilkan Rojak Buah yang Berkualiti dan yang PERTAMA Dibungkus Secara Komersial dalam Pasaran. Rojakbuahgulalang mengandungi 4 jenis buah sahaja iaitu Nenas , Betik , Mangga & Sengkuang.

Our Menu

Restoran Siakaplang

Menu utama Restoran Siakaplang adalah Ikan Siakap yang disajikan secara set kepada pelanggan dengan 4 pilihan kuah yang memang sedap iaitu Kuah 3 Rasa , Kuah Kari , Kuah Tom Yam dan juga Kuah Asam Pedas. Kuah-Kuah ini adalah antara selera pilihan utama pelanggan kami.

Selain itu kami juga menyediakan Menu Manisan sebagai pencuci mulut pelanggan selepas menjamu selera , antara manisan yang kami sediakan ialah Manisan Kekacang 4 Dalam 1 , Manisan Cendol Pelangi , Manisan Kacang Mutiara dan juga termasuk Rojak Buah Gulalang.